nasyid

Saturday, March 12, 2016

Tinta hatiku

     Bismillah sebagai pembuka tinta hati.
Assalamualaikum tanda syukur kehadrat ilahi.

Aku tak tahu kenapa aku masih rasa sesuatu yang aku rasa berhutang.
Mungkin aku berhutang janji. Dan mungkin aku berhutang duit, kasih, dan mungkin aku berhutang budi dengan takdir.
Jika benda ni tak berlaku, mungkin aku masih dibelenggu dosa hati yang bertimbun.

Kadang-kala aku menyalahkan diri sendiri dan memperbodohkan diri sendiri.
Tindakkan 'dia' betul, demi menjaga diri antara satu sama lain di dunia dan akhirat.
Aku mendoakan kebahagiaan kepada dia, dan memohon kepada ALLAH menjaga kesihatan serta keselematan bukan setakat si'dia' malah seluruh umat islam di bumi ALLAH.

Aku pernah cuba untuk membenci dirinya dahulu, cuba agar tidak mencari dia.
Pernah try nak membenci, agar aku tak rindu tapi ternyata Allah makin kuatkan rasa sayang, dan rindu berterusan hadir. Kerana Allah tahu dengan Aku rindu, aku makin dekat dengan Tuhan. Makin Tuhan lapangkan hati aku.Dia nak aku sampaikan rindu melalui Dia bukan sekadar kata kata. Dan sejak itu aku kuat. Sayangnya Tuhan. 😔  I ask Allah tu bless you every single day.
No one ever know when a person you meet occasionally suddenly becomes a  part of your life who you remember each and every moment. Its all happens and only then you realize how important that person is for you. That person becomes a sweet memory to be treasured for a lifetime. Thanks all of you.

Tak dek lah lama sangat bagi aku terhadap penantian ini. Akan aku berusaha tanpa putus asa. Biarlah orang nak kata apa kat diri aku ni. Kata orang biarlah hidup bermatlamat daripada hidup masih bergantung kepada orang. Matlamat tanpa perancangan hanyalah harapan. Stop wishing, start doing. Mungkin aku masih menanti dengan penantian yang penuh dengan harapan. Sebab aku masih anggap ianya satu puzzle kehidupan. Aku nak lihat siapa yang melengkapkan keseluruhan puzzle tersebut. Apa yang berlaku seterusnya, siapa tahu? Kita merancang dan ALLAH yang tentukan. Manisnya penantian jika kau berusaha kearah yang betul, ALLAH kan ada. Jika kau tinggalkan ALLAH, maka jalan kau salah.

Aku cuba mengatur langkah kehidupan ke arah yang indah dan lebih baik seperti seindah bunga ditaman, sedamai desa nan permai, Asyiknya suasana hidup bersama islam. Manisnya hidup cara islam, bercinta cara islam iaitu bercinta selepas nikah. Jika tiada ikatan yang sah, maka akan datang syaitan yang akan memasukkan jarum jahiliyah yang akan mendekatkan seseorang itu kepada zina. Allah amat melarang hambanya untuk 'MENDEKATI ZINA', kalau ALLAH melarang mendekati apalagi kalau hambanya membuat zina tersebut? Renungkan.buatlah penilaian yang baik.

Accept your past without regret, handle your present with confidence, and face your future without fear.Mungkin ada masa kita hilang semangat untuk berubah ke arah yg lebih baik. Sedarlah akn adanya Syurga sebagai motivasi.Mungkin ada masa kita lemah dan gelisah mengenangkan dosa yang menggunung tinggi. Usah lupa akan rahmatNya yang melangit luas.

Life is like a piano🎹,
The white keys are happy days
And The black keys are sad one.
Just remember that you need both to make music🎶.

Spongebob: "What if I break your trust someday?"
Patrick: "Trusting you is my decision, proving me wrong is your choice."
If Allah has written something to be yours.
It will be.

Time might be different.
The journey might be different.
But it'll be yours. 😊😊

 "Dulu kau pernah accident?"
"Pernah. Teruk gila. Aku accident tersasar dari jalan lurus pergi ke dalam lembah jahiliah."

you know it's real when you can really hate them but love them at the same damn time.

"Bila jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah, kerana Pencipta hatimu adalah Allah bukanlah makhluk"

"Jatuh cinta adalah penyakit dan penawarnya adalah nikah."- Ibn Qayyim (Tibb an-Nabawī ms 250)

Maaf kalau ada yang terasa hati dan mungkin tersentuh hati. Ada ayat yang aku type dab ada yang aku copy, maklumlah belajar dari sejarah.

Sekian assalamualaikum wbt.😊

No comments:

Post a Comment