nasyid

Thursday, April 25, 2013

BicaraJendelaHati :)


بسم الله ارحمن ارحيم 

dengan nama الله  yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Antara kita terkadang terlepas bicara,
pasti ada jiwa yang tersentuh,
setangkai hati mungkin terguris,
namun ego sering menguasai diri,
kerana itu berjuta kemaafan ku pinta darimu.

andai kata hatimu terguris kerana egoku,
pasti berjuta penyesalan menghantuiku,
hanya tangisi yang ku mampu atas ketelanjuran itu.

seperti juga dirimu,
dalam senyuman ada tawa,
bukan bermakna aku bahagia,
namun ada sendu cuba kusembunyikan,
aku suka ketika riamu,
memberi seribu ceria di titian hatiku,
menguntum harapan dan sinar baru,
semoga dirimu terus bahagia ...

tiada kata secantik bahasa,
tiada madah seindah puisi,
untuk kungkilkan rasa hati,
betapa kehadiranmu membahagiakan,
menyingkir lorong nan. sepi,
walau ku lafazkan kasihku, 
semoga engkau gagah berdiri,
menempuh ujian cabaran mendatang

No comments:

Post a Comment