nasyid

Friday, August 7, 2015

cerita pendek "TARBIAH ADALAH SEGALA-GALANYA"



Seorang remaja, kusut rambutnya. Di lehernya
tergantung seutas rantai. Di jarinya terselit
sebatang
rokok, sambil bersandar di sebatang pokok dan
duduk
di atas motosikalnya. Matanya memandang
langit.
Mungkin sedang mencari dirinya yg sebenar.
Mencari
fitrah dirinya yg terselit dalam lubuk hatinya.
Kawan
kawannya yg lain sedang sibuk berbual kosong.
Suasana agak bising.
.
Tiba-tiba lalu dihadapannya seorang pemuda
beserban
dan berjubah putih. Di jarinya terlilit seutas
tasbih
panjang. Tapi...tiada segaris senyuman pun
pada
bibirnya. Matanya memandang pelik pada
kumpulan
manusia itu. Lalu kakinya melangkah ke arah
kumpulan
pemuda jalanan itu.
.
Para pemuda jalanan berasa janggal dan malu
apabila
melihat lelaki beserban itu semakin hampir
dengan
mereka. Suasana menjadi sepi..
Pemuda serban menegur "Ehem! Korang buat
ape kat
sini? Taknak siap siap solat maghrib ke? Tak
takut
Allah ke? Ni, rokok ni..apasal hisap jugak dah
tahu
berdosa? Ha?! ''
Seorang pemuda di kalangan mereka merasa
marah,
lalu bangun dan menuju ke arah pemuda
beserban
putih. "Hoi! Kau apasal? Datang datang nak
campur
urusan kami? Kau ingat kau bagus sangat? Kau
dah
konferm ke masuk syurga?!'' "Habis tu kau yg
hisap
rokok dan tak solat ni konfem ke masuk syurga?
Heih..jangan nak ego sangatlah,.. jangan
sombong
dengan Tuhan! Bila oang bagi nasihat,
dengarlah..!''
.
Debukk!!!
Satu tumbukan hinggap di muka pemuda
beserban itu.
Pemuda beserban menahan sakit, sambil
berkata
"Apasal kau tumbuk aku? Haa? Kata seorang
pemuda di
kalangan mereka, ''Kau marah? Sabarlah..bukan
kah nabi
berdakwah hingga berdarah kepalanya?
Pemuda beserban menjadi marah dan malu,
lalu pergi
meninggalkan mereka. Tidak lama selepas itu
lalu pula
seorang pemuda memakai kain pelekat dan t-
shirt
lengan panjang, dengan senyuman manis di
bibirnya
sambil mengangkat tangan tanda hormat
kepada
kumpulan pemuda jalanan itu. Pemuda itu
sedang
melangkah menuju ke masjid, lalu seorang
daripada
pemuda jalanan itu menyapa "mau ke mana
tu?''
Jawabnya "mau ke taman syurga'' katanya
sambil
tersenyum manis.
''Taman syurga??!'' Serentak sekumpulan
pemuda
jalanan itu bertanya. "Iya..taman syurga itu tak
jauh
dari sini..disana ada majlis yg istimewa..Raja
besar yg
menjemput saya dan kalian semua ke sana..''
kata
pemuda itu. "Apa?? Menjemput kami juga?? Biar
betul?? ''Tanya mereka hairan. "Sudah
tentulah..Di sana
kita akan diberi imbuhan yg sangat lumayan!
Sangat
istimewa..malah lebih berharga daripada
mutiara, tetapi
sayang..ramai manusia yg tidak menyedarinya
dan
menolak jemputan raja besar itu..aku harap
kalian tidak
menolaknya..'' kata pemuda itu dengan riyak
sedih.
"Sudah tentu kami akan menghadirinya..marilah
kita ke
sana! Sekarang juga! Kata seorang daripada
mereka.
Kawan kawan yg lainnya angguk tanda setuju.
.
Sebaik sahaja sampai di hadapan masjid, azan
berkumandang dengan merdunya. Pemuda
jalanan
menjadi hairan. Lalu mereka bertanya. "Di
mana taman
syurganya? Aku langsung tak nampak? Kau
mainkan
kitaorang ke?!'' "Inilah taman syurga,
sahabatku..tida
kkah kalian dengar? Betapa merdunya azan itu?
raja
segala raja menjemput kita ke rumahnya..lihat
lah..hanya berapa ramai sahaja yg menerima
jemputan
raja segala raja? Sedangkan Allah menjanjikan
ganjaran
pahala yg besar dan syurga yg luas dan mewah
bagi
mereka yg menerima jemputan ini..kalian
beruntung
kerana menjadi tetamu Allah malam ini. Ayuh !
masuklah ke rumahnya.'' Setitis demi setitis air
jernih
gugur dari kelopak mata mereka. Terasa tenang
hati
mereka dan tersedar mereka daripada
kesalahan
mereka selama ini. Lalu mereka bersembahyang
jama'ah dan berdoa memohon ampun atas
kesalahan
mereka ..
#NotaKaki
Dakwah itu bukan sindiran
Dakwah itu bukan memerli
Dakwah itu bukan menakut2kan
Dakwah itu bukan kekerasan
Dakwah itu bukan paksaan
Dakwah itu bukan terjahan
Akan Tetapi....
Dakwah itu adalah ajakkan
Ajakkan yang bagaimana?
Ajakkan yang paling berhikmah
Kerana dakwah bermula dengan membina jambatan hati
Dakwah terbaik adalah memenangi hati,
dan bukan menguris hati...
walaupun sentap tapi tidak membawa perubahan...
tak bawa kemana sentap tu...