nasyid

Friday, December 19, 2014

cinta dan terlupa

Cinta...
Bila kita dah tahu tentang hukum hukum perasaan cinta,,dan
Bila perasaan cinta tu telah pon brada dlam hati kita,,
akn muncullah perkataan LUPA yg didorong oleh MINDA kita.
Tapi terasa susah untuk HATI menunaikan permintaan MINDA.. 
Terasa lama untuk HATI menunaikan apa yg didorongkan oleh MINDA.. 
Disebabkan HATI terasa susah dan lama untuk menerima perkataan LUPA,, HATI akn hadirkan perkataan JAGA disebalik cinta... 

Tapi,, klau MINDA dan HATI tak mampu juga untuk MELUPAKAN dan MENJAGA cinta itu.. 
Minda dan HATI akn brkerja sama dengan SANG DIRI untuk sibukkan diri dengan mencari ilmu, mengumpul ilmu dan mengamalkan ilmu.
Dan bila SANG DIRI telah pun SIBUK dengan ilmu, jadi cinta itu dah tak TERJAGA. Dan bila cinta itu dah tak TERJAGA, lama kelamaan dpat juga untuk MELUPAKAN.. 

SIBUK,
Tak ter JAGA,
dan akhirnya, LUPA. 

Sibukkan dirimu dengan ilmu, dan akhirnya cintamu dahulu beralih kpda cintakan ilmu. 
Cintakan ilmu juga bersamaan cinta kpada Yang Maha Esa,
Dan cinta kpda Yang Maha Esa itu juga akn cinta kpda Pesuruh-NYA, Dan cinta kpda Allah dan Rasul, itulah sebaik baik cinta... 

Jika slalu mengatakan mencari cinta Illahi, 
biarlah sama perbuatan dengan apa yg dikatakan. 
Jgn mulut dok sibuk mengatakan cinta Illahi, 
Sedangkan hati sibuk mencari cinta pujaan hati... 
~_~

Monday, December 15, 2014

Berlainan kerana kita manusia bukan robot...



Setiap manusia dijadikan hati, perasaan, perangai, taste dan kesukaan yang berlainan….Ada yang suka sesuatu benda tu, ada juga yang tak suka….. Jangan kita anggap, semua orang sama dengan perangai kita. Jangan kita ingat bila kita suka benda tu, semua orang pun suka.

Kalau orang lain respect kita, kita pun respectla orang lain gak. Bila orang dah cakap dia dah tak suka benda tu....jangan kita menidakkan apa yang dia kata kerana kita suka benda tu. Jangan kita menilai seseorang dari perangai kita.

Bila seseorang kata dia tak suka benda tu, jgn kata org tu hipokrit sebab kita suka benda tu. Bila orang tu dah cakap, terus terang apa yang dia suka, tak suka, so, janganla kita kata dia hipokrit kerana tak sama dengan perangai kita… Bukan dia tak suka benda yang kita suka tu sebab kononnya nak tunjuk baik… Tapi, dah memang dia tak suka, dia tak sukala. Kan dia dah berterus-terang yg dia tak suka, kenapa kita kata dia hipokrit??

Kita hidup ada agama..Apa yang kita nak lakukan ingatlah agama. Kalau benda yang kita suka tu, agama tegah..kenapa kita nak buat juga. Kononnya kita tak hipokrit la yek?Kononnya kita tunjukkan perangai sebenar lah yek?? Memangla bagus menunjukkan perangai kita yg sebenar… Tapi, kita ada akal. Bak kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan nafsu, lesu… So, kalau kita suka sesuatu benda…berfikirla dahulu benda tu baik atau tak??

Kalau kita cakap je pun, walaupun kita tak buat tapi sebenarnya kita dah menghampiri benda tersebut. .. Bak kata orang lagi…banyak cakap lebih menjuruskan kita kepada yang tidak betul Lagi banyak yg kita cakap, lagi banyak yang kita silap. Lebih baik diam, daripada bicara yang boleh membuatkan fikiran rosak…

NOTA KAKI:~
Lain orang, lain perangai …Masing-masing ada akal, fikir kan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan….
kalau robot, sama bentuk, sama prosesor, sama kelemahan dan sama kelebihan... hanya membantu manusia... bukan manusia bantu robot

RiNtIhAn MaLaM @_@

New Song

duhai bulan,
malam ini aku sendiri lagi.
bisa temankan aku?

bulan, aku sedang berbicara denganmu,
bersuara, lah.

eh awan, ke tepi lah,
aku ingin lihat bulan,
aku ingin berbicara dengan bulan.

tidak,
aku tak mahu berbicara sama bintang,
aku mahu sama bulan.

apa,
bulan tak mahu dengar rintihan aku lagi?
benarkah, bulan?

jadi, benarlah?
kalau begitu, tak mengapalah bulan,
usahlah dipaksa hatimu lagi.
aku mimpikan kau malam ini pun sudah cukup indah.