nasyid

Friday, August 22, 2014

MERPATI PUTIH^~^



Seusia malam ku menantimu
Dihembus embun aku tersipu
Mungkinkah kau lupa temujanji kita
Kau gembira bersama teman-temanmu

Berlari-lari ku mencarimu
Selembut salju musim berlalu
Mengapa berubah sekelip mata
Hatiku gundah tiada terhingga

Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Kau umpama merpati putih
Patah sayapnya di udara
Merbahaya

Merpati putih 

Tuesday, August 19, 2014

Kau Cintakan Dia, Tapi Adakah Dia Cintakan Kau???

bender aper nier??? cinter ker cerita???
ceciter.... 
ok...
Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta.  Itu lumrah manusia.  Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia.  Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanah air, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.

Pernah kita kadang-kadang dikecewakan.  Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan.  Tiada makhluk yang sempurna keadaan.  Cinta pasti melahirkan kekecewaan.  Jika sepanjang cinta tidak pernah melahirkan kecewa, pasti di hujung usia ia datang juga untuk mengecewakan.  
Mustahil kecewa tidak datang menjenguk diri.  Ia mungkin datang sekejap dan pergi.  Ia mungkin sekadar mencederakan hati.  Sembuh kembali.  Atau mungkin juga sehingga membunuh hati.  Pokoknya, kecewa dan cinta datang bersekali.

Namun, ada satu cinta yang apabila kita meletakkan cinta, cinta itu tidak akan mengecewakan kita.  Yang mana kita rela berkongsi cinta.  Cemburu cinta tidak pernah menjelma.  Nyaman dan tenang mendamaikan jiwa.  Kecewa tiada.  Cinta berbalas adalah suatu yang nyata.

Cinta apa itu?  Itulah cintakan ALLAH!

Tempat dan kedudukan cinta kita di sisiNYA terbela.  Bagaimana cinta kita kepadaNYA, sebanyak itu jugalah cintaNYA kepada kita.  DIA meletakkan kita sebagaimana kita meletakkanNYA.  Malah, mungkin lebih dari apa yang kita sangka. 

Sedangkan mencintai makhluk, kita belum tentu dapat merasai kenikmatan seumpama itu.  Belum tentu apabila kita cinta makhluk 100%, dia juga cintakan kita sebanyak itu.  Belum tentu.  Tidak tahu.
Cinta kepada makhluk, kita mesti menjaganya.  Tetapi cinta kepada ALLAH, ALLAH menjaga kita.  Cinta kepada makhluk yang tidur atau berjauhan, kita tidak dapat berhubung dengannya, tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta yang berhubungan sentiasa.  Cinta kepada makhluk melahirkan rindu dan tangisan yang kadang-kadang mendatangkan sengsara.  Tetapi cinta kepada ALLAH melahirkan rindu dan tangisan kepuasan yang menenangkan jiwa.

Jika orang bertanya tentang cintaku kepada makhluk, “Kau cintakan dia.  Tetapi adakah dia cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, barangkali.”

Tetapi jika orang bertanya tentang cintaku kepada ALLAH, “Kau cintakan DIA.  Tetapi, adakah DIA cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, DIA mencintaiku, pasti.” 

Berbaloi bukan?  Justeru, mana cinta wajar menjadi keutamaan?

NOTA KAKI
Cinta Allah dapat diraih dengan menunaikan hak-hakNya dan demikian juga cinta manusia dapat diraih dengan menunaikan hak-haknya dan memperlakukan mereka secara adil dan baik. Mendapat cinta Allah adalah tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, maka wajib bagi seorang hamba untuk mengetahui hal-hal yang mendatangkan kecintaan Allah

Saturday, August 16, 2014

HALA TUJU ^~^

'"Perjalanan hidup sentiasa mengetengahkan pilihan-pilihan. Sebagai manusia berakal dan beragama, kita dituntut memilih sebaiknya. Kematian sepatutnya mengingatkan kita pentingnya memilih dengan betul. Kemampuan memilih dengan baik membentuk peribadi yang sentiasa berfikir panjang. Dalam hal ini, agama menjadi jambatan untuk kita memahami hakikat kehidupan dan kematian."

Betul tuh! Pilihan di tangan kita. Kalau kita nak buat kebaikan, kita akan usaha untuk melaksanakannya hinggalah akhirnya kita berjaya buat apa yang kita mahu. Contohnya, kita nak ubah sikap yang malas solat kepada rajin solat. Kita yang tentukan bila kita hendak ubah dan satu sikap yang perlu dibuang jauh-jauh semasa hendak melakukan perubahan ialah sikap BERTANGGUH. 

Amalan yang baik, yang diredhai Allah, yang semua orang suka janganlah tangguh-tangguhkan untuk laksanakannya. Jika selalu tangguh dan tangguh, maka lambatlah nak menjadi ataupun yang paling mengecewakan mungkin terus tak menjadi. (Selalunya beginilah yang terjadi kepada orang yang suka bertangguh. Jadi, tolong buang sikap itu jauh-jauh.)

Itu sahaja perkongsian pada hari ini yer dan semoga bermanfaat. Ada masa kita jumpa lagi. Jaga diri, jaga iman.

NOTA KAKI
Berubahlah sekarang :)