nasyid

Friday, March 21, 2014

Berubah???


           Kelihatan seorang lelaki termenung di sebuah jendela, duduk di atas kerusi malas dan seperti kebanyakan lelaki lain, rokok sentiasa menjadi peneman. Sering saya melihat keadaan seumpama ini. Kadang2 situasi ini sering juga menimpa diri, Cuma bezanya saya tidak merokok…
Tidak kira lelaki atau wanita, kadang2 kita terusik dengan perjalanan hidup kita. Rasa dibelenggu masalah, kesusahan, kesempitan dan pelbagai igauan ytang menyebabkan kita terfikir sejenak untuk mengubah nasib diri, ingin melakarkan masa depan yang lebih sempurna. Kadang2 usikkan ini Berjaya mengalirkan air mata. Namun begitu tiada sebarang keajaiban berlaku. Kita masih berada dalam keadaan yang sama walaupun telah bertahun-tahun meniti usia.
Bagaimana hendak berubah??? Anda termenung panjang……..termenung… dan termenung…..sehingga kadang-kadang tertidur… setelah kembali sedar, anda kembali ke dunia asal di mana anda masih orang yang sama yang memikul pelbagai masalah, beban kewangan, kerja dan belajar yang membosankan dan masih menaruh sedikit impian untuk berubah.
Mengubah hidup adalah suatu perkara subjektif yang mendamaikan sebaliknya sentiasa mengganggu emosi diri.
Saya melihat ramai sahabat2 yang ingin berubah. Perubahan yang dimaksudkan disini ialah kearah kebaikan. Adalah menjadi suatu kesedihan yang mendalam buat saya apabila melihat renungan rakan yang menghitung nasib diri. Namun apalah daya saya selain menaburkan kata2 semangat dan suntikan rohani untuk mereka.
Perasaan yang membelenggu diri ini membuatkan saya terpanggil untuk menulis dan mengulas pandangan kemudian menaip buat sesiapa yang ingin berubah. Mungkin saya bukanlah orang yang tepat dalam membicarakan soal ini, tetapi adalah satu kerugian yang besar jika saya tidak berkongsi pengalaman bagaimana saya sendiri berubah dari masa kesemasa sehingga Alhamdulillah, saya menjadi orang yang lebih baik dari sejarah silam.
Walaupun tidakmemiliki kejayaan yang besar, tetapi saya sentiasa gembira  berada dalam keadaan getir. Kerana saya sedar, perubahan yang saya alami memungkinkan saya untuk lebih Berjaya dan saya gembira, merenung dengan gembira, bukan merenung sayu melihat masa depan. Biarlah kita belum begitu Berjaya tetapi sekurang-kurangnya kita menuju ke arah itu…
Sebenarnya perasaan kita yang ingin berubah dari masa ke semasa itu adalah suatu anugerah yang indah. Kita diberi peluang oleh ALLAH untuk merasai perasaan ingin menjadi lebih baik dan mengubah hidup kearah kesempurnaan. Saidina ali R.A berpesan :~
            “celakalah sesiapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarin, dan esok lebih buruk dari hari ini”.
Berbeza dengan sesetengah orang yang merasakan dirinya begitu baik dan begitu selesa degan kehidupan harian mereka. Saya sendiri pernah berjumpa dengan orang seperti ini. Kata mereka:~
            “tidak guna bekerja kuat, tidak guna berusaha lebih dan tidak guna mengejar itu ini. Jika allah telah menetapkan rezeki kita sebanyak 1 cupak nasi sehari, maka ia tidak akan berubah”.
kenyataan mereka ini sebenarnya bertentangan dengan firman ALLAH:~
dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH (dengan menjauhi segala laranganNya dan menjauhi segala laranganNya),
nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala yang menyusahkannya), serta memberi rezeki
dari jalan yang terlintas dihatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukupkan
baginya(untuk menolong dan menyelamatkan).

Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. ALLAH telah pun menentukan
Kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu.
Surah At-Talaq (65:2-3)
Firman ini jelas menyatakan kita harus berusaha bagi mengubah nasib diri. Namun usahlah ia disalah tafsirkan bahawa nasib yang perlu diubah itu hanya berkaitan dengan akhirat atau dunia sahaja. Sebaliknya ia merangkumi kedua-dua aspek tersebut.
Mahu berubah bukan bermaksud kita tidak bersyukur. Tetapi ia adalah satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Dari dulu hingga kini, umat islam lebih-lebih lagi bangsa melayu jauh ketinggalan kebelakang dalam segenap hal. Keadaan ini telah menyebabkan kita lemah dan sering bergantung kepada orang lain. Inikah yang islam terapkan kedalam diri kita??? Tidak! Salah sama sekali!
Islam mengajar kita bahawa tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Namun apa yang kita pilih? Kita lebih cenderungmemilih untuk menerima. Meskipun tidak salah tetapi di mana maruah kita??? Mungkin persoalan maruah bukan isu yang tepat. Tetapi cuba kita perhatikan anak-anak muda kita sekarang, ramai yang merempat dan ke hulu ke hilir mencari pekerjaan.
Salahkah mereka untuk tidak diberi peluang??? Pada pandangan saya tidak, tetapi salah kita sendiri yang tidak membuka peluang. Kita lebih mementingkan diri, bila cukup makan kita, selesa kehidupan harian kita, kita terlupa saudara seagama dan insa-insan yang memerlukan.
 Kita hidup di dunia bukan sekadar menghambakan diri kepada ALLAH dan melengkapi keperluan harian tetapi ALLAH mengutuskan kita untuk menjadi khalifah. Walau tidak sehebat dan seberjaya insan yang lain, berubahlah… berubahlah kea rah yang lebih baik. Kerana perubahan kita bukan untuk manfaat kita seorang , tetapi untuk memayungi manfaat insan disekeliling kita.
 “sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah
Apa yang ada pada diri mereka sendiri”
Al-Ra’d(13:11)
Nota kaki:~ Jika tidak mampu melindungi hutan, sekurang-kurangnya

Lindungilah sebiji tunas.

Monday, March 17, 2014

usaha dan tawakal


"Takpe, yang Allah tengok kan usaha kita bukan hasilnya"

Mesti semua org pernah lalui situasi di atas nih. Kita dah usaha sehabis baik tapi hasilnya tak setimpal dengan usaha kita, tapi orang lain yang tak usaha sangat pun, sikit-sikit jer.. Tapi hasilnya lebih baik dari kita...

Biase la tu.. kite kena ingat, sesiape yg berusaha pasti akan berjaya. Allah dah janji dah..

"Tapi orang tu relaks-relaks je, berjaya jugak!"

usaha itu perlukan strategi, kalo usaha, tapi takde matlamat.. bagaikan memanah dgn mata yg tertutup..

maybe org tuh nmpk je relaks tapi die dah susun strategi dgn baik, jadi dia berusaha dgn starteginya itu.

bagaimana pula dgn situasi ni?
"fulamak! aku hentam jer kot soklan ni tapi dapat full mark.."
tapi kite dah bce dah, dah yakin betul, still tak dpt full mark.. mesti ada salah kat mne2..

mesti geram dgn org yg dpt full mark tuh kan?

takpe..dia betul pun sbb Allah..kalo Allah tak tolong dia mampu ke dia dpt full mark yg precious sgt tuh?

itu rezeki Allah padanya..

kita tak perlu jeles, sbb kita tau kita dah berusaha, kalo tak dpt jugak usaha lagi jgn putus asa sbb sifat putus asa tu bukan sifat org islam..

kalo still fail jugak, kita redha dan percaya dgn ketentuan Allah..
Mesti Allah ade rancangan baik utk kita pada masa depan..


NOTA KAKI
dunia ni tak adil, tapi Allah tu maha adil.


Thursday, March 13, 2014

Manusia VS Hati


Benda yang kalau boleh aku mahu ubah tentang manusia (aku bukan nak melawan takdir Tuhan, cuma mahu berbicara tentang "jikalau") ialah hati.

Tentang perubahan hati, perubahan perasaan. Itu adalah yang terpaling mahu dicuba dirubah dan distatikkan ianya menjadi sebegitu sahaja, lebih pada pendirian utama. Kerana tentang hati yang berubah, banyak manusia terkecewa.

Si jejaka yang terlalu mencintai kekasihnya tetapi terpaksa merelakan kepergian cinta hatinya kerana cinta hatinya telah berubah perasaan dan mencintai sang lelaki lain. Kerana hati si gadis berubah, satu hati manusia telah pun pecah dan jikalau pecahan itu dicantum-cantum semula pun tidak akan sesempurna semula. Apa kes hati berubah?

Kawan rapat kita yang memang kita fikir kitalah teman dunia akhiratnya tetapi rupanya bila dia telah berpindah ke suatu tempat baru, hatinya mula berubah dan mula melupakan kita dengan alasan dia mempunyai kawan baru. Hati berubah, dulu katanya kitalah Best Friend Forever (BFF) dia, tapi sekarang mungkin hanya F saja, iaitu friend. Apa kes hati berubah?

Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 1 hari hidup di dunia dan apabila telah berkahwin hatinya mula merekah sayangnya pada ibu bapanya. Hati mula berubah, sayang pada ibu bapa mula berkurang, sayang kepada isteri/suami pula yang melaut-laut tingginya. Apa kes hati berubah?

Tapi itulah, indahnya kalau hati dapat distatikkan rasa. Kerana perubahan hati membuat banyak lagi hati yang terluka. Parah nanti susah.



NOTA KAKI
Soal hati dan perasaan bukan perkara mainan. Jadi sebelum hati itu berubah fikirkan hati-hati yang bakal kau siat-siatkan dengan kata-kata kau yang setajam pisau itu, fikirkan. Entri ini juga entri ingatan untuk aku sendiri.