nasyid

Friday, December 13, 2013

Yuk Bermuhasabah Diri..~_~

Assalamualaikum, alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan hari ini....Hari ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang sangat penting buat sahabat-sahabat semua....Tolonglah luangkan masa sekejap untuk membaca apa yang ingin saya sampaikan....Lepas baca dan fahami, bantulah saya untuk sebarkan perkara ini pada sahabat-sahabat anda yang lain....Supaya mereka juga dapat bersiap sedia untuk perjalanan yang sangat jauh ini. Dan semoga apa yang kita lakukan ini, menjadi suatu persembahan yang baik apabila tiba dihadapan Allah nanti...Insya'Allah mudah-mudahan.

Pertama~_~
Hadapkan diri kita dihadapan cermin dan bertanya:
"Adakah wajah yang indah ini akan bercahaya diakhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?"

Kedua~_~
Tataplah mata hitam kita sambil bertanya:
"Adakah mata ini adalah mata yang akan dapat menatap Allah, menatap Nabi Muhammad, menatap para kekasih-Nya di Syurga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan?"

Ketiga~_~
Pada bibir dan lidah pula, kita tanyakan:
"Adakah bibir ini mampu tersenyum gembira di Syurga ataupun lidah kita akan menjulur dan pecah-pecah, lalu bibir kita koyak, melecur dan hancur akibat sisa api neraka?"

Keempat~_~
Pada kedua-dua belah kaki, mari kita tanyakan:
"Adakah ia sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai Syurga ataupun ia akan dicabik-cabik oleh duri dan remuk dihentam batu-batu keras di dalam neraka?"

Dan Kelima~_~
Kulit kita yang bersih ini juga boleh dijadikan bahan renungan:
"Adakah ia akan tetap indah dan bercahaya ataupun ia akan hangus dijilat api neraka?"

NotaKaki:-Semoga dengan bercermin sambil merenung diri, kita mendapat kekuatan menjaga diri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, December 10, 2013

~_~Keraguan Atau Kejujuran???~_~


Kisah ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.

Di suatu petang, seorang pelajar tahfiz yang bernama Fakhri menahan sebuah bas. Tujuannya adalah untuk menuju ke sebuah masjid untuk menimba ilmu. Beberapa minit kemudian, sebuah bas pun berhenti di tempat Fakhri menunggu. Secara kebetulan, pemandu bas itu adalah seorang pemuda non-muslim.

Fakhri bertanya kepada pemandu bas tersebut.

Fakhri : emmm…tambang bas untuk ke Masjid Al-Azim berapa ya???

Pemandu : RM 1.80 je…

Fakhri : oohh…sekejap ya…(mengeluarkan duit)…nah RM 2.00…

Pemandu : okay…ini bakinya…(memulangkan baki sebanyak 40 sen lalu tersenyum)…

Fakhri : Terima kasih ya…(sambil membalas senyuman)…

Kemudian, Fakhri pun duduk di tempat yang tiada penumpang tetapi Fakhri tidak perasaan baki wang yang dipulangkan oleh pemandu bas itu terlebih 20 sen. Semasa dalam perjalanan untuk ke masjid, Fakhri baru perasaan baki yang dipulangkan kepadanya sebentar tadi. Maka, Fakhri mula berbisik di dalam hatinya.

Fakhri : ehh kejap…40 sen??? tambang bas RM 1.80. aku bagi RM2.00, sepatutnya baki 20 sen je, bukan 40 sen (mula berasa ragu)…

Fakhri : emmm…20 sen je kot??? Perlu ke aku pulangkan??? Ah tak apalah…tak payah pening-peninglah nak fikir. Syarikat bas ni pun dah kaya. Tak luaknya kalau setakat 20 sen je(bisik lagi hati Fakhri)….

Sepanjang perjalanannya ke masjid, Fakhri mula berfikir jauh. Sehinggalah bas tersebut tiba dan berhenti ke destinasi.

Pemandu : terima kasih…sila hati-hati dalam perjalanan anda…

Fakhri : baiklah, sama-sama. Terima kasih juga…
Semasa Fakhri hendak turun dari bas tersebut. Hatinya berasa serba salah.

Fakhri : maaf ya bang…saya nak pulangkan semula lebihan baki tambang tadi sebanyak 20 sen. abang terlebih sewaktu pulangkan baki kepada saya tadi…nah(sambil menghulurkan baki tadi)…

Pemandu : ohhh ye ke??? Terima kasih. Tapi, itu kan Cuma 20 sen je. Kecil sangat nilainya. Biasanya orang tak akan pulangkannya…

Fakhri : emmm…memang betul kata abang tu…nilai 20 sen tu nampak sangat kecil, tetapi sangat besar sangat bagi seorang muslim seperti saya. Jadi, saya perlu berlaku jujur. 20 sen ni bukan milik saya. Saya tak boleh mengambilnya kerana saya tidak mempunyai hak untuk memilikinya walaupun hanya 20 sen. Saya perlu kembalikan kepada mereka yang berhak.

Pemandu bas itu tiba-tiba gelak.

Pemandu : hahaha!!! Saya dah cuba kepada ramai orang. Kamulah satu-satunya orang yang sudi memulangkannya. Maaf ya…sebenarnya saya sengaja nak menguji kamu…kamu telah membuka mata saya bahawa Islam benar-benar agama yang melahirkan insan yang jujur dan ikhlas.

Fakhri pun terkejut dan terdiam sebentar dengan apa yang dikatakan pemandu bas itu.

Pemandu : terima kasih…sebelum ni saya memang dah lama terdetik hati untuk memeluk agama Islam. Cuma saya belum nampak apa yang indahnya dalam Islam. Tetapi hari ni, hati saya benar-benar melonjak dan bersemangat untuk mendalami lagi keindahan yang ada dalam agama Islam…

Kemudian pemandu bas itu pun berlalu pergi ke destinasi seterusnya. Fakhri pun sudah jejakkan kakinya di masjid. Selepas menunaikan solat fardhu ‘asar, Fakhri pun berdoa kepada Allah dengan nada yang sayu sambil menitiskan air mata.

Fakhri : ya Allah…aku hampir menggadaikan agama dan imanku hanya kerana 20 sen…tapi disangka-sangka perbuatanku yang sebaliknya itu menjadi asbab hidayah kepada orang lain. Ampunkanlah aku wahai Allah…redhailah kami dalam mendukung agamaMu…bantulah kami menyebarkan agamaMu ya Allah…aminnn…

Selepas berdoa, Fakhri beristighfar dan mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi pada hari itu.
~_~Tamat~_~


“Tinggalkanlah apa yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

“Barangsiapa yang berinteraksi dengan Allah, penuh kejujuran, maka manusia akan menjauhinya. Memang jujur itu begitu asing ketika ini, sehingga orang yang jujur dianggap aneh.”
(Basyr al-Haafl)


Kisah ini persoalkan kita, samada kita mahu jujur ataupun biarkan saja keraguan melanda dalam hati kita… Di dalam kisah ini juga menunjukkan bahawa keraguan itu boleh membuatkan hati kita menjadi tidak tenang dan betapa pentingnya kejujuran itu… Maka, kita kenalah bersikap jujur(tidak menipu) dalam setiap perbuatan kita kerana mungkin dengan kejujuran kita itu boleh memberi impak yang baik terhadap orang lain….insyaAllah…~_~



NotaKaki: Lebih baik dimaki dengan kejujuran daripada dipuji dengan penipuan... ~_~