nasyid

Monday, July 29, 2013

♥SeCeBiS HaRaPaN♥

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi ruang dan peluang untuk daku meneruskan penulisan buat perkongsian rakan-rakan sekalian. Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Entri ni dah lama ditulis, cuma sebelum ni agak tergantung sedikit, tu yang tak jadi nak publish. 

**NOTA ini tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. Perkongsian peribadi.

Hari ni, dengan izinNya, insyaAllah berjaya juga publish untuk kalian baca. Tajuk yang daku rasa tiada motif, melainkan sebenarnya daku buntu taktahu nak letak tajuk apa. Hahaha..

Jangan terlalu serius. Usah kalian berkerut dahi. Rileks.. Istighfar. Perkongsian kali ini sangat santai. Cuma mahu daku kongsikan tentang 'harapan'.


Kita sebagai manusia, bagiku... sering tidak lari dengan pilihan dan perasaan. Ouch, memandangkan diri daku sebenarnyaarghh dalam dilema juga mungkin. Tersekat, tertanya-tanya, tersepit, ter segala ter lah ada pada daku sekarang ni. 

Apapun, kita perlu ingat, setiap apa sahaja yang berlaku pada kita pastinya membawa hikmah tersendiri. Bilamana kita mulai rasa harapan yang kita berikan itu terbantut akibat pilihan mahupun perasaan, adalah lebih baik kita berfikir semula. Oh ya, diingatkan supaya jangan hanya berfikir. Berdoalah. Berusahalah.

Kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Izinkan daku mengulas sedikit. Sebagai manusia normal, bila dihulur sebuah harapan, pasti tergantung diantara dua. Pilihan atau perasaan. Harapan yang mana sebenarnya kita sendiri tidak pasti, samada patutkah ia wujud atau sebaliknya.

Walauapapun harapan yang kalian sedang bina, atau telah bina...daku hanya mahu coretkan beberapa resepi rahsia untuk kalian terus teguh dengan harapan itu. Mungkin cara kita berbeza, tetapi insyaAllah resepi daku ini boleh membantu kalian.

Penyelesaiannya sebenarnya amat mudah. 
  • PercayaSebagai umat Islam, wajib bagi kita berpegang teguh pada rukun Iman. Percaya pada qada' dan qadar Allah. Walauapapun, keputusan atau kejadian diakhir perancangan kita, haruslah kita ingat dan sentiasa percaya bahawa nikmat Allah itu luas. Hari ini Dia beri kita sedikit kecewa, ingat ya! Esok Dia hadiahkan kita sebuah kegembiraan yang pasti kita sendiri tak mampu luahkan.
  • Berbincang
    Manusia seperti kita tidak pernah lari dari ego yang mengongkong diri. Usah biar ego meratap ragus harapan kita. Bawalah berbincang. Setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya. InsyaAllah.
  • Beri dan dapat
    Satu resepi yang sering diucapkan oleh Prof Muhaya. Kita jangan jadi manusia yang hanya selalu 'dapat'. Rajin-rajinkanlah juga diri 'memberi'. Jangan sering mengharap kasih dari orang, tetapi diri sendiri tidak pernah memberi kasih. Bila diberi tanggungjawab, amanahlah*mendalam point ini. berfikirlah diluar kotak*
  • Matang dan berfikiran terbuka
    Tua tak bermakna kita lebih benar. Muda tak bermakna kita silap. Matang itu berkait rapat dengan pemikiran, bukan usia. Tolak ansurlah dalam bertukar pendapat. Sentiasa menerima pandangan manusia lain. Hormat menghormati tetap perlu, takkira tua mahupun muda.
  • Sabar
    Sentiasa sabar menghadapi kerenah, masalah. Jangan lekas marah, jangan lekas mahu ikut emosi. Keep calm and sabar! Hehehe
  • Doa, usaha, tawakal
    Medium tiga serangkai yang tidak akan pernah lari walau apa jua perkara dalam hidup. Perbanyakkan doa,berusaha semaksima mungkin dicampur, dan akhir sekali, selesai semuanya, bertawakallah kepadaNya. Keputusan dan pengakhirannya insyaAllah adalah yang terbaik buat kita :)

Jalanan kehidupan kita tak semestinya indah seperti yang dilakar. Terkadang pasti tercalit sebuah liku mahupun duri yang bisa melukai. Tapi percayalah, setiap luka itu akan menjadi manis akhirnya bila kita sudah dapat mencapai hasrat atau harapan utama.

-Adakah harapan itu akan dibiar kekal menjadi hanya sebuah memo contengan minda kita? Kalian fikir dan buatlah keputusan sebaik mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kalian, daku, dia, kami dan kita semua.... Barakallahu fikum!

Selamat Mengejar 10 malam terakhir Ramadhan!

Friday, July 26, 2013

Peringtan buat diri dan juga sahabat fillah..


Saudaraku, siapakah yang telah menjadi sahabat masing-masing dari kita saat ini?

Wahai diri......

- Siapa yang akan berdiri di sisi kuburanmu, berdoa untukmu agar ALLAH meneguhkanmu ketika malaikat menanyaimu?
- Siapa yang akan memandikanmu?
- Siapa yang akan mengafankanmu?
- Siapa yang akan mengangkat kerandamu?
- Siapa yang akan menyolatkanmu?
- Siapa yang akan meletakkanmu di liang lahad?
- Siapa yang akan mendoakanmu?

Jawablah !!!

Siapa yang akan menangisimu?
- Apakah perokok itu?
- Ataukah orang yang tidak mahu tunduk dan solat kepada Rabbnya?
- Ataukah orang yang meninggalkan puasa dan zakat?
- Ataukah orang yang membiarkan isteri dan anak perempuannya bebas berkeliaran di jalanan dan tempat hiburan dengan penampilan yang buruk dan pakaian yang hampir telanjang?
- Orang yang rela dirinya menjadi seorang Dayyus?
- Ataukah orang yang bergelimang maksiat dan dosa besar?
- Ataukah orang yang tidak memalingkan pandangannya dari wanita bukan mahram, memandangnya seakan-akan menelanjanginya dengan matanya?

Saudaraku, siapa orang yang engkau inginkan menangisi kematianmu?
- Apakah temanmu yang mengajakmu ke tempat-tempat minuman keras, ataukah orang yang mengajakmu ke majlis-majlis ilmu?
- Atau orang yang kalau berbicara, tema pembicaraannya denganmu adalah berita-berita artis, bintang filem, penari dan penyanyi, serta menyampaikan kepadamu berita-berita keji,ataukah orang yang kalau berbicara kepadamu mengatakan : "ALLAH berfirman .. atau Rasulullah bersabda...?
- Atau orang yang mengajakmu ke tempat hiburan, ke pantai, atau menghabiskan waktu dengan menonton TV atau pertandingan2 atau yang mengajakmu ke taman-taman syurgaNya?
- Apakah orang yang mengajak atau bersamamu yg bermain domino, catur dan tenis atau orang yang membukakan untukmu lembaran-lembaran Mushaf Al Qur’an?

Wahai diri....

Siapa teman dekat dan sahabat akrabmu? Kami bantu engkau untuk memilih sahabat atau teman yang akan menyolatkan jenazahmu esok.

Rasulullah S.A.W. bersabda,:"Janganlah bersahabat kecuali dengan seorang mukmin dan janganlah memakan makananmu kecuali seorang yang bertakwa". (HR. Ahmad, Abu Dawud, At Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Al Hakim, dihasankan oleh Al Albany, Shohih Al Jami’ no. 7341)

 Aku mencintai kalian semua kerana ALLAH 
(Semoga kita tidak pernah bosan untuk saling menegur, mengingatkan bila diri lupa hingga keluar dari jalur dalam ketaatan kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala), nauzubillaminzalik...

*Peringatan buat diri yang sering alpa....'muhasabah'.... smg bermanfaat

Friday, July 19, 2013

ringankan tangan anda


Semakin banyak bersedekah, 
semakin banyak rezeki melimpah..

insya-ALLAH..



"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Al-Baqarah, ayat 261)


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Setiap anggota manusia dikehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

wahai muslimah!!!

saya tak kisah kalau awak taknak pakai TUDUNG, ,tapi saya risau allah kisah sebab awak tak mahu menutup aurat.......Saya tak kisah kalau awak nak COUPLE, ,Tapi saya risau allah murka kerana allah berkata jangan mendekati ZINA.....Saya tak kisah kalau awak taknak ambil berat tentang HUKUM HAKAM dalam AGAMA, , ,Tapi saya bimbang kita tidak sempat BERTAUBAT dan tidak tahan dengan AZAB allah di akhirat.....Saya sayangkan awak, Tapi MAAF, , , SAYA LEBIH TAKUT DENGAN ALLAH..... 
selamat bermuhasabah diri!