nasyid

Friday, December 13, 2013

Yuk Bermuhasabah Diri..~_~

Assalamualaikum, alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan hari ini....Hari ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang sangat penting buat sahabat-sahabat semua....Tolonglah luangkan masa sekejap untuk membaca apa yang ingin saya sampaikan....Lepas baca dan fahami, bantulah saya untuk sebarkan perkara ini pada sahabat-sahabat anda yang lain....Supaya mereka juga dapat bersiap sedia untuk perjalanan yang sangat jauh ini. Dan semoga apa yang kita lakukan ini, menjadi suatu persembahan yang baik apabila tiba dihadapan Allah nanti...Insya'Allah mudah-mudahan.

Pertama~_~
Hadapkan diri kita dihadapan cermin dan bertanya:
"Adakah wajah yang indah ini akan bercahaya diakhirat kelak ataupun akan hangus terbakar oleh api neraka?"

Kedua~_~
Tataplah mata hitam kita sambil bertanya:
"Adakah mata ini adalah mata yang akan dapat menatap Allah, menatap Nabi Muhammad, menatap para kekasih-Nya di Syurga kelak ataupun mata yang akan terburai kerana dosa-dosa yang pernah kita lakukan?"

Ketiga~_~
Pada bibir dan lidah pula, kita tanyakan:
"Adakah bibir ini mampu tersenyum gembira di Syurga ataupun lidah kita akan menjulur dan pecah-pecah, lalu bibir kita koyak, melecur dan hancur akibat sisa api neraka?"

Keempat~_~
Pada kedua-dua belah kaki, mari kita tanyakan:
"Adakah ia sentiasa melangkah di jalan Allah sehingga berhak memijak lantai Syurga ataupun ia akan dicabik-cabik oleh duri dan remuk dihentam batu-batu keras di dalam neraka?"

Dan Kelima~_~
Kulit kita yang bersih ini juga boleh dijadikan bahan renungan:
"Adakah ia akan tetap indah dan bercahaya ataupun ia akan hangus dijilat api neraka?"

NotaKaki:-Semoga dengan bercermin sambil merenung diri, kita mendapat kekuatan menjaga diri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Tuesday, December 10, 2013

~_~Keraguan Atau Kejujuran???~_~


Kisah ini tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata.

Di suatu petang, seorang pelajar tahfiz yang bernama Fakhri menahan sebuah bas. Tujuannya adalah untuk menuju ke sebuah masjid untuk menimba ilmu. Beberapa minit kemudian, sebuah bas pun berhenti di tempat Fakhri menunggu. Secara kebetulan, pemandu bas itu adalah seorang pemuda non-muslim.

Fakhri bertanya kepada pemandu bas tersebut.

Fakhri : emmm…tambang bas untuk ke Masjid Al-Azim berapa ya???

Pemandu : RM 1.80 je…

Fakhri : oohh…sekejap ya…(mengeluarkan duit)…nah RM 2.00…

Pemandu : okay…ini bakinya…(memulangkan baki sebanyak 40 sen lalu tersenyum)…

Fakhri : Terima kasih ya…(sambil membalas senyuman)…

Kemudian, Fakhri pun duduk di tempat yang tiada penumpang tetapi Fakhri tidak perasaan baki wang yang dipulangkan oleh pemandu bas itu terlebih 20 sen. Semasa dalam perjalanan untuk ke masjid, Fakhri baru perasaan baki yang dipulangkan kepadanya sebentar tadi. Maka, Fakhri mula berbisik di dalam hatinya.

Fakhri : ehh kejap…40 sen??? tambang bas RM 1.80. aku bagi RM2.00, sepatutnya baki 20 sen je, bukan 40 sen (mula berasa ragu)…

Fakhri : emmm…20 sen je kot??? Perlu ke aku pulangkan??? Ah tak apalah…tak payah pening-peninglah nak fikir. Syarikat bas ni pun dah kaya. Tak luaknya kalau setakat 20 sen je(bisik lagi hati Fakhri)….

Sepanjang perjalanannya ke masjid, Fakhri mula berfikir jauh. Sehinggalah bas tersebut tiba dan berhenti ke destinasi.

Pemandu : terima kasih…sila hati-hati dalam perjalanan anda…

Fakhri : baiklah, sama-sama. Terima kasih juga…
Semasa Fakhri hendak turun dari bas tersebut. Hatinya berasa serba salah.

Fakhri : maaf ya bang…saya nak pulangkan semula lebihan baki tambang tadi sebanyak 20 sen. abang terlebih sewaktu pulangkan baki kepada saya tadi…nah(sambil menghulurkan baki tadi)…

Pemandu : ohhh ye ke??? Terima kasih. Tapi, itu kan Cuma 20 sen je. Kecil sangat nilainya. Biasanya orang tak akan pulangkannya…

Fakhri : emmm…memang betul kata abang tu…nilai 20 sen tu nampak sangat kecil, tetapi sangat besar sangat bagi seorang muslim seperti saya. Jadi, saya perlu berlaku jujur. 20 sen ni bukan milik saya. Saya tak boleh mengambilnya kerana saya tidak mempunyai hak untuk memilikinya walaupun hanya 20 sen. Saya perlu kembalikan kepada mereka yang berhak.

Pemandu bas itu tiba-tiba gelak.

Pemandu : hahaha!!! Saya dah cuba kepada ramai orang. Kamulah satu-satunya orang yang sudi memulangkannya. Maaf ya…sebenarnya saya sengaja nak menguji kamu…kamu telah membuka mata saya bahawa Islam benar-benar agama yang melahirkan insan yang jujur dan ikhlas.

Fakhri pun terkejut dan terdiam sebentar dengan apa yang dikatakan pemandu bas itu.

Pemandu : terima kasih…sebelum ni saya memang dah lama terdetik hati untuk memeluk agama Islam. Cuma saya belum nampak apa yang indahnya dalam Islam. Tetapi hari ni, hati saya benar-benar melonjak dan bersemangat untuk mendalami lagi keindahan yang ada dalam agama Islam…

Kemudian pemandu bas itu pun berlalu pergi ke destinasi seterusnya. Fakhri pun sudah jejakkan kakinya di masjid. Selepas menunaikan solat fardhu ‘asar, Fakhri pun berdoa kepada Allah dengan nada yang sayu sambil menitiskan air mata.

Fakhri : ya Allah…aku hampir menggadaikan agama dan imanku hanya kerana 20 sen…tapi disangka-sangka perbuatanku yang sebaliknya itu menjadi asbab hidayah kepada orang lain. Ampunkanlah aku wahai Allah…redhailah kami dalam mendukung agamaMu…bantulah kami menyebarkan agamaMu ya Allah…aminnn…

Selepas berdoa, Fakhri beristighfar dan mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi pada hari itu.
~_~Tamat~_~


“Tinggalkanlah apa yang meragukanmu pada apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kejujuran lebih menenangkan jiwa, sedangkan dusta (menipu) akan menggelisahkan jiwa.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

“Barangsiapa yang berinteraksi dengan Allah, penuh kejujuran, maka manusia akan menjauhinya. Memang jujur itu begitu asing ketika ini, sehingga orang yang jujur dianggap aneh.”
(Basyr al-Haafl)


Kisah ini persoalkan kita, samada kita mahu jujur ataupun biarkan saja keraguan melanda dalam hati kita… Di dalam kisah ini juga menunjukkan bahawa keraguan itu boleh membuatkan hati kita menjadi tidak tenang dan betapa pentingnya kejujuran itu… Maka, kita kenalah bersikap jujur(tidak menipu) dalam setiap perbuatan kita kerana mungkin dengan kejujuran kita itu boleh memberi impak yang baik terhadap orang lain….insyaAllah…~_~



NotaKaki: Lebih baik dimaki dengan kejujuran daripada dipuji dengan penipuan... ~_~

Saturday, November 30, 2013

Tak Mampu Menolong??? Doakan Mereka~_~


YA ALLAH, berilah kebaikan buat mereka...
Ketika berjalan kaki atau berkenderaan, kadang-kadang mata kita ALLAH rezekikan untuk kita melihat orang yang susah atau yang kurang bernasib baik dari kita.  Hati kita mulai didatangi rasa insaf, iman kita makin bertambah dan sifat syukur bercambah mekar.  Sungguh, ada peringatan khusus buat kita tatkala melihat itu semua.  Itu manfaat buat diri kita…
Bagaimana dengan orang yang susah atau kurang bernasib baik itu?
Kalau kita sempat menghulurkan seringgit dua, maka ada lah manfaatnya buat diri mereka.  Tetapi kadang-kadang kita hanya sempat melihat mereka dari cermin kereta atau pejabat, atau hanya menonton kesusahan mereka melalui monitor televisyen atau komputer.  Rasa simpati dan kasihan tentunya akan menyinggahi ke dalam lubuk hati kita.  Namun, itu tidak cukup…

Susah kita, susah lagi mereka...
Justeru, doakanlah untuk mereka.  Doakanlah agar nasib mereka segera dibela.  Doakanlah agar ALLAH supaya mempermudahkan semua urusan mereka.  Doakanlah agar mereka diberi kemudahan.  Dan doakanlah agar ALLAH menjaga keimanan dan mensejahterakan mereka.
Hendak berdo`a tidaklah sukar.  Tidak perlu berwudhu’.  Tidak perlu membentangkan sejadah.  Tidak perlu mengangkat tangan.  Tidak perlu berjela-jela.  Tidak perlu formal.  Pohonlah kepada ALLAH seakan kita sedang bercakap secara langsung denganNYA.  DIA sedang mendengar.  Dan sedang memperhatikan setiap apa yang keluar dari mulut kita atau bisikan yang lalu di dalam hati kita.

Anak-anak mereka terpaksa kesejukan, tidak seperti anak kita
Tidak rugi berdoa untuk orang lain.  Ia satu manifestasi ukhuwwah dan kasih sayang sesama Muslim dan manusia.  Hanya hati yang sejahtera dengan iman punyai perasaan tulus dan mulus ini.  Berdoa adalah amalan yang berpahala.  Berdo’a untuk kebaikan orang lain adalah amalan yang diberikan pahala.  Malah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda apabila membicarakan kebaikan perbuatan ini, yang maksudnya:
“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala ia tidak ada, maka berkatalah malaikat: “Kamu juga menerima sebagaimana doamu itu”" 
 (HR Muslim)


NOTA KAKI
Doa adalah senjata orang Islam :)

Friday, November 15, 2013

nasihat MENASIHATI~_~



Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri

“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”


p/s: Dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz/zah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. Dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik.

NOTA KAKI
Sharing is caring  :)

Friday, November 8, 2013

BaNtUlAh WaLaUpUn SeKaDaR SeNyUmAn




Senyuman boleh meringankan duka dihati. Percaya tidak? Saya percaya. Senyuman yang lahir ikhlas dari hati boleh memancarkan sinar ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya. Boleh jadi ia akan mengubati jiwa yang lara.

Sebab itu banyak saranan cuba untuk senyum apabila hati sedang suram.



Susahkah untuk senyum? Tidak. Anda cuma perlu senyum. Senyumlah dengan bahagia. Saya suka untuk bertemu dengan orang yang pemurah senyuman. Namun tidak bererti saya kurang senang pada orang yang tidak selalu senyum. Kita melihat pada keadaanlah.


Senyumlah Pada Orang Lain
Orang lain yang saya maksudkan adalah orang yang mungkin hatinya dirundung pilu. Hidup mereka yang menghadapi ujian dari ALLAH. Kadang kala, cukup sebuah senyuman itu sebagai pendengar yang baik kepada mereka. Tidak perlu bertanya itu dan ini. Yang penting, anda senyum seikhlas hati. Maka dengan izin, senyuman itu meringankan duka orang lain.

Saya jadi teringat akan sebuah hadith yang mengatakan setiap kali Baginda SAW senyum, maka gigi geraham Baginda akan kelihatan. MashaAllah. Hati rindu kepada Rasulullah. Bertuah manusia yang dapat melihat senyum dan tawa Baginda SAW dihari kemudian kelak.

Ada yang mudah senyum. Ada yang tidak. Anda yang mana? Hehe.

Senyumanmu itu Berharga
Kenapa saya katakan berharga? Sebab dengan hanya sebuah senyuman yang ikhlas kepada orang lain, maka anda sudah membuat amalan yang mendatangkan pahala. Tidak percaya? Baca hadis ini,

Daripada Abu Dzar al-Ghifari r.a, Rasulullah SAW bersabda :

“Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari

MashaAllah! ALLAH Maha Pemurah! Manusia saja yang tidak pandai merebut peluang yang telah ALLAH berikan. Semuanya sudah terbentang, mahu tidak mahu saja manusia itu lakukannya.

Saya yakin, senyuman itu salah satu ubat yang mujarab yang didatangkan oleh ALLAH dan dizahirkan pula oleh manusia dalam kehidupan.

Sahabat, maka rajin-rajinkanlah untuk senyum seindah suria!

Entri yang agak nakal dimalam hari. Semoga semuanya terus tersenyum, senyum dan senyum. Belum terlambat untuk melatih bibir untuk lebih mudah mengukir senyuman kepada orang lain.

NOTA KAKI
Tetapi senyum kepada berlainan jantina itu, harus juga ada hati-hatinya. Sengih.

Saturday, October 19, 2013

wahai kasih*~*

Sanggup menahan ejekan dan maki
Kerana Kasih;


Kadang kala sukar dimengerti
Kenapa dengan kasihnya ituan
Dari manusia yang tidak mengenal-Nya.



Aku tertanya, dari mana dirinya mendapat kekuatan
Kekuatan untuk memasang tembok dijiwa
Tembok yang membezakan antara nafsu dan kasih-sayang.



Bukan senang
Malah perlu pengorbanan.




Jiwanya itu, sudah pasti telah lali terbakar
Terbakar dengan semangat juang
Perjuangan untuk bersama-sama dengan manusia lainnya
Mengenal akan kasih dan sayang ALLAh.



Kerana kasih, mengapa sanggup dicaci
Kerana kasih, mengapa sanggup dimaki.



Oh kasih;
Sukar dimengerti.



Jauh disudut jiwa
Ada alunan ombak kesyukuran
Menginsafi kekerdilan diri
Dengan kurniaan kasih dan rahmat Ilahi



NOTA KAKI;
Cuba mengerti makna kasih..<3

Thursday, October 17, 2013

sahabat berkurang kerana sahabat bertambah


Dalam hal persahabatan, manusia juga selalu teruji.

Didalam persahabatan, ada hak-hak yang wajib ditunaikan sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lain. Ada ingatan yang perlu sebagai ingatan kepada sahabat yang lain. Ada cinta dan kasih yang perlu disemaikan sesama sahabat yang lain. Ada akhlak yang baik dituntut sesama persahabatan.

Itu antara hak-hak yang ada dalam persahabatan.

Akibat kelemahan diri sendiri, ada diantara hak-hak itu dipandang ringan. Ada juga mungkin terlepas pandang, kurang mengambil tahu atau kesibukan telah memperdayakan diri sendiri. Atau juga kerana kurangnya titipan doa buat sahabat-sahabat yang lain, maka Allah hendak mengujinya dengan hubungan persahabatan.

Kelangsungan Sebuah Tali Persahabatan

Saya kira, dalam bersahabat, akhlak yang baik dan tanda-tanda kesetian seorang sahabat kepada sahabatnya, antaranya ialah mengingatinya sentiasa dalam doa dari kejauhan tidak kiralah doa itu diketahui oleh sahabatnya atau tidak. Namun sebaik-baiknya, doa yang khusus untuk sahabat itu biarlah antara anda dan ALLAh Ta’ala dan malaikat sahaja yang tahu. Dan juga, yang sentiasa bertanya khabar kepada sahabatnya dan keluarga meskipun melalui sms/emel atau yang sama waktu dengannya.

Benda-benda seperti ini memang kelihatan remeh, tapi memberikan impak yang besar!

Dan jika ada akhlak yang baik, saya percaya disitulah terdapatnya akhlak yang kurang baik. Anda tidak tertanya-tanya kenapa tajuk entri ini tertulis seperti ‘Sahabat Berkurang Akibat Sahabat Bertambah’? Kenapa tidak ‘Akhlak Dalam Persahabatan’? Senyum.

Dalam kesibukan ke sana ke mari, program sana sini, saya percaya ALLAh Ta’ala akan mempertemukan anda dengan ramai orang. Dan InshaAllah, saya percaya, diantara ramai-ramai orang itu ada yang telah dan akan menjadi sahabat anda nanti.

Keadaan seperti itulah yang memerlukan anda untuk istiqamah dalam persahabatan.

Memang indah menyulam benang-benang ukhuwah. Keterujaan mengenali seseorang, latarbelakangnya, kegemarannya, kelebihannya, akhlaknya dan tutur bicaranya akan selalu diperhatikan dalam diam. Maka secara tidak langsung, keterujaan itu menuntut masa yang lebih untuk diluangkan kerananya. Sedangkan, di suatu tempat yang lain, anda juga mempunyai sahabat yang perlu anda kenali lagi dan lagi.

MashaAllah. Sesungguhnya ALLAh Ta’ala suka pada hamba-Nya yang menyambung silaturrahim. Tapi akhlak yang buruk dalam persahabatan itu macam mana ya?

Mari…

Sahabat Lama vs Sahabat Baru

Antara akhlak buruk dalam persahabatan itu adalah, apabila anda mengenali seseorang sahabat yang baru dan anda sibuk serta teruja mengenali keperibadiannya, maka sahabat anda yang lama telah anda kenali, anda telah tinggalkan atau abaikan secara diam. Ya, mungkin anda sendiri tidak menyedari akan hal itu. Tapi ia memberikan impak kepada sahabat lama anda.

Boleh jadi, tali ukhuwah anda dengannya akan terputus!

Sebenarnya, saya tidak suka menggunakan label sahabat lama dan baru. Walaupun begitu, saya terpaksa gunakan kerana ia adalah suatu hakikat untuk disertakan dalam entri ini.

Ya, menjalinkan silaturrahim sesama manusia itu tidak dilarang, bahkan sangat digalakkan dalam agama. Namun kerana kelemahan anda, dalam menjalinkan silaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia, sahabat anda yang lain terasa terpinggir oleh anda. Mereka berasa bahawa anda dingin terhadap mereka, merasa bahawa mereka terabai kerana anda kurang bertanya khabar dan menyapa mereka.

Malah, mereka merasa bahawa ukhuwah anda dan mereka tiada seri!
Kerana menjumpai sahabat baru, maka sahabat lama diabaikan dalam tidak sedar.

Saya sangat pasti, anda tidak mahu persahabatan anda dengan semua sahabat-sahabat yang anda cintai menjadi seperti ini. Penuh dengan perasaan dingin dan perasaan diabaikan.

Eh. Saya sedang berbicara sikap dan akhlak kita dengan sahabat kita ya. Bukan akhlak sahabat kita terhadap kita. Entri untuk itu, inshaAllah panjang umur dan diilhamkan oleh Allah, pasti terlakar. Senyum.

Sahabat anda yang lama itu, jika benar menyayangi anda seikhlasnya, maka saya pasti dia akan gembira jika anda bertambah kenalan dan sahabat baru. Kerana kebahagiaan anda, adalah kegembiraan baginya, inshaAllah. Tapi apa yang tidak membahagiakan dirinya adalah apabila anda seakan-akan melupakan dirinya dan dia merasa sedih kerana anda membuatnya terasa yang anda memiliki orang yang lebih penting dan anda lebih cintai berbanding dia.

Persoalannya bukanlah kerana anda mempunyai sahabat baru.

Tetapi persoalannya adalah mengenai sikap anda yang membuatnya resah, dipinggirkan, merasa rendah diri dan terhina. Ya, semua itu dia dapat rasai walaupun anda tidak memberitahunya secara lisan. Pernah dengar kata-kata ini, Actions speak louder than words? Saya kira ayat ini memang betul!

Kerendahan Hati Sebagai Seorang Sahabat

Saya suka membaca mengenai sirah Rasulullah SAW; layanan Baginda terhadap kesemuanya sahabatnya. Umum tahu bahawa Baginda mempunyai sahabat-sahabat yang sanggup susah senang bersama Baginda. Dan setiap seorang dari mereka itu sebolehnya Baginda memberikan layanan istimewa dan membuatkan mereka merasa jiwa mereka dan jiwa Baginda itu sangat dekat walaupun Baginda pernah mengatakan bahawa sahabat yang paling dicintainya adalah Abu Bakar r.a..

Namun itu tidak membuatkan mereka jauh hati. Mereka merasa diberi keistimewaan oleh Rasulullah SAW sendiri, malahan! Layanan dan pendekatan yang Rasulullah berikan terhadap para sahabatnya menumbuhkan perasaan kepada diri masing-masing bahawa diri mereka adalah orang yang terdekat dengan Rasulullah SAW.

Rasulullah tidak lokek untuk memuji para sahabatnya. Walaupun kedudukan Rasulullah itu tinggi dan manusia mulia, namun itu tidak menghalang Rasulullah untuk bergurau-senda dengan sahabat-sahabat Baginda SAW. Sebagai contoh, Abu Dzar pernah berjalan-jalan dengan Baginda SAW disuatu malam. Mu’adz pernah menunggang tunggangan berdua dengan Rasulullah dan banyak lagi akhlak Rasulullah yang menjadikan mereka merasa mereka mendapat tempat dihati Rasulullah SAW.

Indah kan? Saya jadi tersenyum sendiri dengan perwatakan dan pendekatan Baginda SAW. Wallahi, memang Baginda adalah contoh manusia ikutan sepanjang zaman! Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad!

Semaikanlah Benih Ukhuwah

Begitu juga sepatutnya, kita ini sebagai ummat Baginda SAW. Tanda-tanda kesetiaan kepada sang sahabat adalah tetap merendah hati walau siapapun diri anda dan mengingatkan anda sekiranya terlupa!

Sahabat yang baik dan sebenar-benarnya sahabat adalah sahabat yang menerima kelebihan dan kekurangan dalam sahabatnya. Jika sahabatnya mempunyai kekurangan dari satu segi, maka dia akan menutupi dengan kelebihannya. Dan dia tidak pula memandang rendah kepada sahabatnya tadi malah membantunya!

Jika ALLAh Ta’ala takdirkan untuk mengenali sahabat baru, jangan sekali-kali membandingkan sahabat yang baru anda kenali itu dengan sahabat yang telah lama anda kenali. Ia salah satu sifat yang jelek! Jika anda berbuat demikian, maka itu bukanlah ciri seorang sahabat yang baik kerana mengira-ngira akan kekurangan dan kelebihan sahabat lalu dibandingkan dengan sahabat yang baru dikenali.

Jangan sahabat baru bertambah, sahabat lama berkurang. Kerana hakikatnya, sahabat anda tidak akan pernah bertambah. Sebaliknya makin berkurang! Alangkah sedihnya..

Umar Al-Khattab pernah berkata, “Tiga hal yang dapat memurnikan tali kasih seorang sahabat kepadamu ialah, jika bertemu tegurlah dengan salam terlebih dahulu, memanggilnya dengan nama yang paling disukai, mempersilakan dan memberi tempat kepadanya dalam suatu acara.”

MasyaAllah. Begitu sudahkah kita sebagai seorang sahabat?
Yang memuliakan sahabatnya lebih daripada diri sendiri.

Nasihat yang terutamanya untuk diri saya sendiri sebenarnya yang masih belajar dan akan terus belajar.

Jika anda ada sahabat yang mengasihi anda seperti mengasihi dirinya, maka hargailah ia.
Bersyukur dan berilah rasa istimewa dihatinya sebagai seorang sahabat anda.
Kerana dia, adalah sebahagian daripada hidup ini untuk ke akhirat!

NOTA KAKI
Senyum dalam keimanan selalu.

Friday, October 11, 2013

MaSaLaH ItU MaNis XD


“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah  kita ada Allah”

Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.

Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.

Masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa.”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

NOTA KAKI
Segala permasaalahan, ada jalan penyelesaiannya :)#creditbyNSP.SPY


Tuesday, October 1, 2013

ibaratkan diri ini sebagai diri mu



PESANAN DARI SEORG INSAN : Abid, kamu tidak perlu menjadi terlalu baik, kalau akhirnya kebaikan kamu itu akan memakan diri kamu sendiri. Jadi la org yang berpegang teguh pada pendirian yang tidak gusar membuat keputusan walaupun keputusan itu nampak seperti 'salah', tp hakikatnya, KEPUTUSAN itulah yg TERBAIK utk kamu. Walaupun keputusan itu kadangkala akan membuatkan ada HATI yang akan terluka.

*****************
DIRI INI MEMUJUK HATI NYA YG TERLUKA: Sabar la Wahai Hati dengan dugaan dan hinaan nya..Dia tidak tau apa yg terjadi. Putuskah atau bersambungkah sesebuah hubungan itu, hanya engkau yg merasa Wahai Hati.. Dan hanya engkau yg memahami..Maaf kan aku Wahai Hati, kerana dikau selalu 'sakit'. Aku akan sedaya upaya menjaga mu Wahai Hati..Aku takkan biar kan kamu merasa sakit lagi oleh kata2 hina org yang tidak punya akal. Oh Hati, jgn merajuk..mungkin 'mereka' yg kita lihat BAHAGUA itu, hanyalah BAHAGIA diluar saja, tapi di hatinya tidak siapa tahu Wahai Hati....Terusla TERSENYUM Wahai Hati..Kerana aku perlukan HATI yang 'kuat' utk teruskan perjalanan didunia ini...Aku mau terus bersama mu Wahai Hati.. Aku tau kamu kuat dan tabah..Biarla APAPUN yg 'dia' kata kan..Aku ttp syg kamu Wahai Hati.

Thursday, September 26, 2013

AL-QURAN & CINTA???

Al-Qur’an

Di tengah gelap gulita
runtuhnya peradaban manusia
Allah menurunkan cahaya
cahaya yang terang benderang
menyinari hidup umat manusia
dialah Al Quran yang mulia

dialah penunjuk jalan
dialah cahaya terang
jalan keselamatan
jalan kemuliaan
jalan kebahagiaan

dialah petunjuk abadi
dialah tak lekang oleh waktu
dialah tak akan berubah sesuai jaman
dialah tak mengenal revisi
dialah kebenaran mutlak tak tergoyahkan
dialah mukjizat abadi warisan nabi
dialah pedoman menuju bahagia sejati

 
 
PUISI CINTA  DAN AL QURAN.

Aku tahu
PUISI CINTA tidak kemana-mana
PUISI CINTA tidak ada apa-apa
PUISI CINTA tunduk dan malu
dihadapan kemuliaan AL QURAN.

Apalah ada pada PUISI CINTA
kalau dibandingkan dengan AL QURAN.

Aku juga tahu
kalau seluruh hayat ku
ku tumpahkan tenaga 
buat menulis PUISI CINTA...
atau apa saja tulisan
namun...
maseh juga tidak mampu 
menandingi kehebatan AL QURAN.

PUISI CINTA hancur dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA lemah dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA tunduk dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA tidak berharga dihadapan AL QURAN.

Aku juga sadar
sekurang-kurangnya
tulisan PUISI CINTA ku 
akan dapat mendorong ku
dan memimpin ku
kepada...
cinta AL QURAN.


SENANDUNG DO’A AL-QUR’AN
Ya Allah ya Tuhan kami,
curahkanlah rahmat-MU kepada kami berkat al-Qur’an ini,
dan jadikanlah ia bagi kami panutan penuntun utama,
cahaya penerang gulita,
petunjuk menuju ceria dan rakmat dalam segala.
Ya Ilahi ya Tuhan kami,
ingatkan kami yang terlupa dan tersilap dari ayat-ayatnya
dan ajarilah kami daripadanya yang tak kami tahu.
berilah kami karunia untuk membacanya
ditengah kelam kelegaman malam
dan dipenghujung siang benderang..
jadikanlah al-Qur’an ini bagi kami sebagai pembela..
wahai Tuhan ilaahal Alamin,
perkenankanlah pinta dan doa kami.

Monday, September 16, 2013

CiNtA ....!!!!!!!@_@

HAI CINTA.., SIAPA DIRIMU??

"CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan & kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan.."

Api menjawab :

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab :

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa
tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab :

“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu."

Matahari menjawab :

“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam & mati.”

Pohon menjawab :

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab :

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA :
“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”

CINTA menjawab :
“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia
meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia.
Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai
budak, sebagai hamba.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang
tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya.
Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Itulah CINTA Sesungguhnya...

Friday, August 2, 2013

R@M@Dh@n TeR@KhIr


Indahnya malam malam mu melingkari bingkai kehidupan umat,
Setiap detik saat berlalu mengukir seribu satu pahala yang tidak terkira beratnya,
Gemanya bait-bait suci kalam dari segenap corong rumah, surau, mesjid, dan seantero alam,
Hanya yang Khusyuk mengharapkan Cinta Mu akan merasa tenangnya sang jiwa,

Oh diri..
Ramadhan kini seakan kelam dek musibah kesihatan yang Kau duga,
Lindungan hari dibalik tangan ku mohon segala nikmat malam-malam terakhir tidak terlepas,
Tautan Hati nan dulu sendiri ku merindu..
nun jauh bulan menghampar sinar seakan menanti bayanganku hadir menatap,


Oh Tuhan..
Apa yang sedang Kau rencanakan buat ku?
Apakah aku akan sentiasa begini selamanya...
Apakah hari-hari mendatang bagai badai melanda..
atau..
Apakah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan Terakhir buat ku?..

Mohon sembahku ampun dan maaf kepada Mu Ya Allah atas segala dosa dan silapku..
Mohon Ampun sebesarnya kepada semua umat manusia yang ku kenali secara sengaja dan tidak sengaja,.
Mohon Ampun kepada semua saudara seislamku, keluarga, dan saudara mara..

Tuhan kurniakan Khusnul Khotimah..
ku hanya ingin Besamamu disana nanti..
menanti hadirnya Cinta yang Pasti dan Kekal Abadi..

Monday, July 29, 2013

♥SeCeBiS HaRaPaN♥

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi ruang dan peluang untuk daku meneruskan penulisan buat perkongsian rakan-rakan sekalian. Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang. Entri ni dah lama ditulis, cuma sebelum ni agak tergantung sedikit, tu yang tak jadi nak publish. 

**NOTA ini tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. Perkongsian peribadi.

Hari ni, dengan izinNya, insyaAllah berjaya juga publish untuk kalian baca. Tajuk yang daku rasa tiada motif, melainkan sebenarnya daku buntu taktahu nak letak tajuk apa. Hahaha..

Jangan terlalu serius. Usah kalian berkerut dahi. Rileks.. Istighfar. Perkongsian kali ini sangat santai. Cuma mahu daku kongsikan tentang 'harapan'.


Kita sebagai manusia, bagiku... sering tidak lari dengan pilihan dan perasaan. Ouch, memandangkan diri daku sebenarnyaarghh dalam dilema juga mungkin. Tersekat, tertanya-tanya, tersepit, ter segala ter lah ada pada daku sekarang ni. 

Apapun, kita perlu ingat, setiap apa sahaja yang berlaku pada kita pastinya membawa hikmah tersendiri. Bilamana kita mulai rasa harapan yang kita berikan itu terbantut akibat pilihan mahupun perasaan, adalah lebih baik kita berfikir semula. Oh ya, diingatkan supaya jangan hanya berfikir. Berdoalah. Berusahalah.

Kembali ke jalan yang diredhaiNya.
Izinkan daku mengulas sedikit. Sebagai manusia normal, bila dihulur sebuah harapan, pasti tergantung diantara dua. Pilihan atau perasaan. Harapan yang mana sebenarnya kita sendiri tidak pasti, samada patutkah ia wujud atau sebaliknya.

Walauapapun harapan yang kalian sedang bina, atau telah bina...daku hanya mahu coretkan beberapa resepi rahsia untuk kalian terus teguh dengan harapan itu. Mungkin cara kita berbeza, tetapi insyaAllah resepi daku ini boleh membantu kalian.

Penyelesaiannya sebenarnya amat mudah. 
  • PercayaSebagai umat Islam, wajib bagi kita berpegang teguh pada rukun Iman. Percaya pada qada' dan qadar Allah. Walauapapun, keputusan atau kejadian diakhir perancangan kita, haruslah kita ingat dan sentiasa percaya bahawa nikmat Allah itu luas. Hari ini Dia beri kita sedikit kecewa, ingat ya! Esok Dia hadiahkan kita sebuah kegembiraan yang pasti kita sendiri tak mampu luahkan.
  • Berbincang
    Manusia seperti kita tidak pernah lari dari ego yang mengongkong diri. Usah biar ego meratap ragus harapan kita. Bawalah berbincang. Setiap permasalahan itu ada penyelesaiannya. InsyaAllah.
  • Beri dan dapat
    Satu resepi yang sering diucapkan oleh Prof Muhaya. Kita jangan jadi manusia yang hanya selalu 'dapat'. Rajin-rajinkanlah juga diri 'memberi'. Jangan sering mengharap kasih dari orang, tetapi diri sendiri tidak pernah memberi kasih. Bila diberi tanggungjawab, amanahlah*mendalam point ini. berfikirlah diluar kotak*
  • Matang dan berfikiran terbuka
    Tua tak bermakna kita lebih benar. Muda tak bermakna kita silap. Matang itu berkait rapat dengan pemikiran, bukan usia. Tolak ansurlah dalam bertukar pendapat. Sentiasa menerima pandangan manusia lain. Hormat menghormati tetap perlu, takkira tua mahupun muda.
  • Sabar
    Sentiasa sabar menghadapi kerenah, masalah. Jangan lekas marah, jangan lekas mahu ikut emosi. Keep calm and sabar! Hehehe
  • Doa, usaha, tawakal
    Medium tiga serangkai yang tidak akan pernah lari walau apa jua perkara dalam hidup. Perbanyakkan doa,berusaha semaksima mungkin dicampur, dan akhir sekali, selesai semuanya, bertawakallah kepadaNya. Keputusan dan pengakhirannya insyaAllah adalah yang terbaik buat kita :)

Jalanan kehidupan kita tak semestinya indah seperti yang dilakar. Terkadang pasti tercalit sebuah liku mahupun duri yang bisa melukai. Tapi percayalah, setiap luka itu akan menjadi manis akhirnya bila kita sudah dapat mencapai hasrat atau harapan utama.

-Adakah harapan itu akan dibiar kekal menjadi hanya sebuah memo contengan minda kita? Kalian fikir dan buatlah keputusan sebaik mungkin. Semoga Allah permudahkan urusan kalian, daku, dia, kami dan kita semua.... Barakallahu fikum!

Selamat Mengejar 10 malam terakhir Ramadhan!